Jumat, 26 November 2010

MEKAH SEBELUM MUHAMAD

Pernahkah anda bayangkan akan keadaan Mekah sebelum kelahiran Muhamad? Kota Mekah, pada ketika itu, sememangnya merupakan kota yang sangat menarik kerana kota itu merupakan pusat perdagangan dan juga tempat tumpuan pelbagai kaum dengan budaya yang berbeza. Para pedagang di sana juga menganuti pelbagai agama. Kaum Quraysh di sana memuja Hubal, Al-ilah, dan tiga anak perempuan Al-ilah. Sebuat batu hitam yang berasal dari surga sangat disanjungi dan ditempatkan di satu sudut dalam Kaabah. Kaabah ini merupakan pusat pemujaan 360 berhala (Bukhari jilid 3, buku 43, bab 33, no. 658, hal.396 dan Bukhari jilid 5, buku 59, bab 47, no. 583 ,hal. 406). Ensiklopedia Islam (edisi Eliade, hal. 303ff) ada mengatakan bahawa sebelum adanya Islam, orang sudah bersembahyang lima waktu sehari dengan menghadap ke Mekah dan berpuasa selama setengah hari bagi sebulan penuh. Kaum Quraysh pula berpuasa pada setiap 10 Muharram. Muhamad pernah memerintahkan agar pengikut-pengikutnya mengamalkan amalan yang sama, namun kemudian amalan ini tidak diwajibkan (Bukhari jilid 5, buku 58, bab 25, no. 172, hal.109 dan Bukhari jilid 6, buku 60, bab 24, no. 31, hal. 25).
Sebelum adanya Islam, orang Arab sudah menaikkan haji ke Mekah. Fiqh us-Sunnah jilid 5, hal.122 dan Bukhari jilid 2, buku 26, bab 33, no. 635, hal. 371-372 ada mencatatkan bahawa, pada zaman itu, orang Arab yang tidak menaikkan haji dianggap telah melakukan dosa terbesar di dunia ini. Di Mekah, sebelum adanya Islam, mereka sudah menutupi Kaabah dengan kain (Fiqh jilid 5, hal. 131) dan mereka juga sudah mempunyai bulan suci yang tidak membenarkan peperangan dalam jangka masa itu (Bukhari jilid 2, buku 23, bab 96, no. 482, hal. 273).

1 komentar: