Jumat, 26 November 2010

ASAL USUL KATA “ALLAH”

Umumnya, kata “Allah” ialah kata singkatan dalam bahasa Arab bagi kata Al-ilah, yang bererti “Tuhan”. Baik orang Kristian Arab ataupun penyembah berhala juga menggunakan kata Ilah untuk Tuhan. Al-Kitab bahasa Arab dan bahasa Indonesia masa kini juga menggunakan kata “Allah“ untuk Tuhan. Dahulu, kata dalam bahasa Timur Tengah yang agak serupa yakni kata el membawa erti “tuhan”, baik digunakan untuk Tuhan yang benar atau berhala, dalam bahasa Ugaritik, bahasa Kanaan dan bahasa Ibrani. Sebelum Muhamad, Kaabah yang menempatkan para 360 berhala itu disebut Bait Allah atau “rumah Allah“. Ayah Muhamad yang meninggal sebelum Muhamad dilahirkan itu bernama “Abdullah” yang bererti hamba Allah. Tambahan juga, salah satu suku bangsa Yahudi digelar “Abdullah bin Salam” dalam Bukhari jilid 5, buku 59, bab 13, no. 362, hal. 241.
Khususnya, antara berhala yang dipuja di Mekah, salah satu berhala digelar “Allah”. Berhala ini ialah dewa bagi kaum Quraysh, dan dewa ini mempunyai tiga anak perempuan. Jika dibandingkan empat daripada lima rukun Islam, orang Mekah sebelum Muhamad juga berpuasa pada hari yang sama, memberi sedekah kepada kaum sendiri yang miskin papa, bersolat menghadap ke Mekah, dan menaikkan haji ke Mekah. Walaupun ada juga perbezaan yang banyak antara agama Islam dengan penyembahan berhala kaum Ouraysh, agak hairannya ialah adanya kesinambungan amalan-amalan Islam ini dengan kebiasaan penyembahan berhala kaum Quraish.
Bahagian berikut akan menunjukkan bahawa, seperti dewa utama Yunani Zeus yang berasal daripada kata umum untuk Tuhan (theos), perkara yang sama juga terjadi dengan orang Arab sebelum adanya Islam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar